October 15, 2019

Soalan Ujian PSV JPJ NOTA TAMBAHAN

Nota 1   Nota 2   



NOTA TAMBAHAN
NOTA INI UNTUK PEMAHAMAN JAWAPAN DI ATAS




1.Kuadron perniagaan diilhamkan oleh Robert Kiyosaki
Teori yang tepat mengenai 4 kuadron perniagaan ialah:
95% anda bekerja untuk majikan/pekerjaan
5% perniagaan/wang bekerja untuk anda

2. Kategori perniagaan dalam konteks keusahawanan ialah:
Majikan, bekerja sendiri, pemilik syarikat dan pelabur

Kuadron perniagaan kategori pekerjaan konteks keusahawanan ialah anda bekerja untuk pekerjaan


3. Apakah aset dan apakah liabiliti.
Aset - Alat membantu menjana pendapatan. (Kereta, telefon pintar)
Liabiliti - Tanggungan dalam pekerjaan (bil telefon, minyak kereta, penyelenggaraan dll)

4. Bagaimana perkiraan aliran tunai?
Tunai + (pendapatan-perbelanjaan) + (aset-liabiliti)

5. Kenapa digalakkan menggunakan alat navigasi GPS?
Sebagai alat bantuan dan panduan perjalanan terdekat dan tercepat yang mempunyai keupayaan komunikasi teraktif suara

6. Apakah Sistem Navigasi GPS?
Satu sistem menentukan kedudukan penerima dan menganilisi hantaran satelit untuk menentukan kedudukan geografinya
Waze adalah aplikasi navigasi berkaitan GPS
Google Map menawarkan imej satelit, 360 panormana.

7. Apakah meterOn?
Aplikasi rekaan SPAD untuk membantu pengguna menyemak latar belakang dan status pemandu teksi sebelum memulakan perjalanan

8. Panduan internet yang terbaik antaranya:
a. Kawasan majoriti penumpang
b. Pelan internet murah bersaiz besar  pelan yang ditawarkan, cuba pelan pra-bayar dahulu dan buat keputusan yang sesuai. 

9. Kebaikan MeterOn antaranya:
Pengesahan pemandu,
Penjejak perjalanan,
Penilaian pemandu.
Anggaran tambang

10. Penilaian pemandu = menilai pemandu berdasarkan pengalaman perjalanan setelah menekan butang tamat perjalanan 

11. Jenis kelas, model operasi dan kawasan operasi
Teksi / Kereta Sewa / Kereta Mewah / e-Hailing
Tahanan tepi jalan / sewaan khas /e-hailing
Zon Teksi / Selain Zon Teksi / Berpengakalan / Seluruh Malaysia

12. Tambang
Kadar mengikut meter/diwartakan
Kadar tambang dinamik - e-hailing sahaja

13. Khidmat pelanggan cemerlang
Keupayaan dan komitmen pemandu dalam menyempurnakan tugasannya seperti:

a. mengalu-alukan dan senyum

b. melayan dengan baik

c. mengucapkan terima kasih dan sila datang lagi

14. SMS
a. Selesa: pada kenderaan (pendingin hawa, bersih, kemas)

b. Mesra: pada tingkah laku (senyum, ramah, sedia membantu)

c. Selamat: dalam pemanduan (berhati-hati, ikut peraturan, kenderaan baik, berhenti di tempat sesuai)

15. Tiga elemen komunikasi menurut Albert Mehrabian
a. 55% Visual iaitu Bahasa badan

b. 38% Vokal iaitu Nada dan toner suara

c. 7% Verbal iaitu perkataan yang dilafazkan

16.  SALAM MESRA
Sebut nama dan ucapkan salam
Ajukan soalan ringkas berkenaan dirinya
Luahkan pujian ikhlas tanpa sindirian
Ajukan soalan releven berkaitan dirinya
Minta diri

Memandang mata
Ekspresi muka
Senyum
Rapatkan jarak (prinsip 3 kaki)
Angguk apanila mendengar

SALAM = Bahasa yang dituturkan


MESRA = Bahasa badan yang digunakan


17. Prinsip Komunikasi
a. Gunakan panggilan terhormat

b.  Jadilah Peramah

c. Profesional semasa dalam pemanduan

d. Elakkan berbual topik sensitif (rasis, politik dan perkataan maki/mencarut)

e. Jaga imej dan gaya komunikasi (pelanggan boleh mengadu sama ada berdepan mahupun dalam talian)

18. Mengendalikan penumpang yang sukar (krisis/konflik)
a. Bertenang

b. Beri perhatian. gunakan bahasa badan dan nada yang sesuai.

c. Jangan salahkan penumpang atau syarikat.
Memberikan penerangan situasi sebenar tanpa menyalahkan sesiapa


d. Selesaikan masalah dengan baik dengan penerangan yang jelas.

e. Hubungan khidmat sokongan/syarikat untuk mendapatkan bantuan. Jika terancamn, hubungi pemandu berhampiran atau syarikat atau hubungi polis.

19. Jenis Penumpang OKU
a. Kurang Upaya Pendengaran (minima, sederhana, teruk dan sangat teruk)

b. penglihatan, (buta, penglihatan terhad)

c. fizikal, (kerdil, kudung, lumpuh, spina bifida, muscular dystophy, cerebral palsy)

d. mental, (skizofrenia, mood disoreder, organic mental disorder)

e. pembelajaran, (autisme, ADHD, dyscalculia, dygraphia, dyslexia)

f. kurang upaya pertuturan (masalah pertuturan tapi boleh dengar)

g. pelbagai (yang bukan dalam kategori di atas)

20. Cara memberi perkhidmatan OKU.
a. Selamat - berhenti kenderaan tempat selamat (OKU). Bantu naik dan turunkan penumpang

b. A
rahan - memahami arahan

c. N
aik - jemput naik

d. T
olong - bantuan letak barang

e. U
tama

f. N
asihat

21. Pertolongan cemas
Jika mangsa sedar, tanya punca kejadian, ubat yang diambil, alahan, gejala, sejarah penyakit dan makanan terakhir.

Ketika penumpang tidak sedarkan diri

a. Periksa tanda kecederaan

b. Periksa nadi

c. Periksa pernafasan


d. Periksa aliran darah


22. Dasar e-hailing dalam Lesen Perniagaan Perantaraan (LPP)
A. Kriteria Kelayakan
Modal berbayar RM100,000, sekurangnya seorang pemegang saham berstatus warganegara dan berdaftar SSM/SKM.

B. Spesifikasi Kenderaan dan Aplikasi E-Hailing
i. Aplikasi dengan spesifikasi seperti aduan, maklum balas, kecemasan, pendaftaran pemandu/penumpang dll

ii.  Bagi Kenderaan E-Hailing
Model kenderaan tiga bintang ASEAN NCAP, muatan tempat duduk, warna, had usia, pemeriksaan PUSPAKOM, tanda badan

C. Pengoperasian e-hailing
Kawasan operasi, model operasi (melalui app sahaja),  kadar tambang, komisen maksimum, resit, insurans (kenderaan, pemandu, penumpang, dan pihak ketiga) dan tanggungjawab EHO kepada kenderaan (mematuhi peraturan APAD dan JPJ)

24. Enam kod etika pemandu
A. Sebelum memandu
B. Semasa operasi
C. Etika tata kelakuan
D. kecemasan
E. Khidmat OKU

25. Pemandu teksi bermeter hendaklah mematuhi kadar tambang APAD.
a. Dilarang menutup/halang permukaan meter

b. Dilarang ganggu/ubahsuai meter

c. Meter yang rosak hendaklah dibaiki segera

d. Dilarang keluarkan resit yang dicetak dari teksi


26. i-Saraan
Inisiatif kerajaan membantu peniaga tanpa pendapatan tetap untuk mencarum KWSP secara sukarela dan mempunyai simpanan apabila mencapai umut persaraan

27. Socso
Skim caruman PERKESO di bawah caruman bekerja sendiri bagi pemandu Teksi/E-Hailing dengan faedah perubatan, pencen dll

28. Memilih Laluan Terbaik
Pemandu hendaklah tahu laluan tarikan pelancongan di kawasan masing-masing. Hubungi MATIC jika ingin tahu lanjut. Pemandu harus tahu lokasi menarik kerana:
a. sebagai barisan perkhidmatan kenderaan

b. bertanggungjawab memberi maklumat betul dan menjaga imej negara


29. Pemandu sebagai duta pelancongan 
Pemandu adalah barisan hadapan negara (frontliners) yang kerap berinteraksi dengan pelancong perlulah:
a. Berpakaian kemas,
b. Berperwatakan baik dan
c. Rekod perkhidmatan yang baik.

30. Tiga Cara memilih laluan:
Pilihan penumpang,
Pengalaman sendiri dan
Aplikasi telefon pintar bantuan GPS

31. Fungsi APAD
a. Kawalan lalulintas

b. Kuasa Merancang

c. Kuasa Kawal Selia

d.  Kuasa penguatkuasaan


32. Definisi e-hailing
Perkhidmatan menempah kenderaan melalui aplikasi mudah alih yang memadankan dengan pemandu berhampiran yang melibatkan pembayaran tambang.

33. Tumpuan memandu hendaklah dipatuhi
a. Penggunaan telefon bimbit adalah dilarang

b. Mematuhi papan tanda dan lampu isyarat

c. Memberi laluan pejalan kaki melintas

d. Memberikan isyarat membelok apabila berhenti ambil/turunkan penumpang



34. Enam dasar pemandu
A. Kriteria kelayakan
B. Maksud kad pemandu dan eKP
C. Proses saringan
D. Program latihan
E. Penilaian prestasi
F. Kod etika

35. Kesalahan melibatkan PSV
A. Kesalahan dan penalti
- Akta Pengangkutan Awam Darat 2017 da APJ 1987 (Akta 333)
- Lesen boleh dibatalkan atau digantung
- Penyelesaian kes dengan kompaun
- Kompaun hanya kesalahan tertentu Peraturan 2011 (P.U.A 276 dan P.U.A 49)

B. Akta Pengangkutan Awam Darat pindaan 2017
Denda maksimum RM500,00 dan penjara 2 tahun

C. Akta Polis 1967 (AKTA 344) Seksyen 21
JSPT ditubuhkan dengan objektif menerajui pengurusan trafik dalam Seksyen 21- Tugas di jalan awam
- mengatur, mengawal, melencongkan lalu lintas
- menjaga keselamatan
- mencegah halangan dan perhimpunan
- Jika menghalang tugasan PDRM, denda tidak lebih RM200 dan 3 bulan penjara
- Boleh ditangkap tanpa waran

C. Akta 333 Pindaan 1 Feb 2013


Hukuman penjara dan denda di bawah APAD 2010 dan APJ 1987 (Akta 333) boleh dikenakan. Penyelesaian ke ialah dengan pemberian kompaun

- kawalselia kenderaan dan lalu lintas
- perlindungan pihak ketiga
- penyelarasan kemudahan pengangkutan
- penyelarasan pembinaan kenderaan (Tugas Di Jalan Awam)

D. Kesalahan mengikut APAD

APAD 2010 Sub seksyen 22(3)   (RM500k atau 2 tahun penjara) iaitu langar syarat permit pemandu teksi
a. Operasi Luar Kawasan
b. Mengambil penumpang lebih muatan

c. Kad Pemandu (tiada/tamat tempoh)


d. Tidak guna meter teksi


E. Kesalahan melibatkan PSV
- Gagal memberikan dokumen - Kaedah 15 1959 dikompaun RM300, denda RM2k atau 6 bulan penjara

- Gagal memberikan MyKad - Kaedah 15A 1959 dikompaun RM300, denda RM2k atau 6 bulan penjara

Kaedah 18 Kenderaan Perkhidmatan Awam (Perlesenan dan Kelakuan) 1959 mengkehendaki pemandu:

a. Berpakaian sopan

b. Tidak boleh merokok

c. Mengambil segala langkah keselamatan perjalanan


d. Tidak boleh menipu laluan dan tambang


36. Mengendalikan Kenderaan
A. Sistem ABS Sistem Brek Anti kunci
B. Pemeriksaan harian tayar
C. Penggunaan alat elektronik semasa memandu

37. Pengurusan Keletihan 
A. Masa yang diperlukan untuk kembali semula ke stesen, sekiranya penghantaran destinasi jauh

B. Masa rehat 30 minit sekali setiap 4 jam perjalanan

C. Tidak memandu lebih 8 jam sehari

D. Berehat 1 hari bagi setiap 6 hari bekerja

38- PUSPAKOM
A. Pemeriksaan berkala melibatkan pemeriksaan keselamatan kenderaan dari lampu suspensi, tayar, kerangka dan seumpamanya
B. Tempohnya 3 tahun tahun sekali

39- Kawasan Operasi bab Keluar Kawasan
Dibenarkan untuk menghantar penumpang ke destinasi di luar zon kawasan operasi dan dikehendaki untuk kembali ke kawasan operasi yang telah ditetapkan dalam masa 24 jam selepas menurunkan penumpang.

40. Tempat menarik di Malaysia
a. Kuala Lumpur (KLCC, KLCG, Pasar Seni, Stesen Keretapi, RSVC, Istana Negara, Kompleks Kraf

b. Melaka (Menara Taming Sari, Hang Tuah Street, Kota A Famosa, Stadhuys, Melaka Alive, Jonker Street)

c. Selangor (i-city, Sunway Lagoon, Heritage Walk, Sungai Chiling, Laman Seni, Skytrex Adventure)

41. Cara memberikan khidmat OKU.
a. Berkerusi roda

b. Penglihatan - (approach, ask and assist)

c. Langkah mengambil perempuan mengandung dan warga emas
a. Keluar dan buka pintu, biarkan barang diluar dahulu

b. Pastikan penumpang telah duduk

c. Berhenti berdekatan dengan penumpang yang mengandung


42. Batal lesen boleh diambil sekiranya kesalahan bukan kompaun antaranya:
a. Ubahsuai kenderaan yang tidak dibenarkan

b. Tidak Menggunakan meter

c. Memujuk/Mengulat


43. Kelulusan Pengeluaran Tayar
Menurut Matrade, tayar haruslah diperakui oleh;
a. Piawaian Malaysia (SIRIM)
b. Piawaian Amerika Syarikat (DOT)
c. Piawaian Eropah (E-Mark)
d. Setaraf dengannya

44. Perkhidmatan Cemerlang
a. Sopan dan bertanggungjawab
b. Mengendalikan barang dengan baik
c. Maklum balas segera kepada aduan
d. Menggunakan jalan paling dekat

45. Kad Pemandu dan Kad Pemandu Elektronik (EKP)
- Pengenalan tanda diri melayakkan memandu kenderaan perkhidmatan awam di ruang dashboard

- EKP dalam bentuk digital dalam mobile app

- Pemohonan melalui APAD oleh Pengendali.

- Pemegang LPP bertanggungjawab menyemak butir peribadi pemandu.

46. CKD dan CBU

a. CKD bermaksud Completely Knocked Down - Kereta akan masuk dalam bentuk parts dan akan dipasang balik dalam Malaysia.

b. CBU bermaksud Completely Built-Up - Kereta yang masuk adalah fully imported, sudah dipasang siap di negara pengeluar dan datang ke Malaysia hanya tunggu nak jalan.

47. Peralatan perlu ada di dalam kereta dalam persediaan kenderaan
a. Alat Pemadam Api
b. Segi Tiga Keselamatan
c. Lampu Suluh
d. Tayar gantian
e. Jek Pengangkat

48. Tatakelakuan
a. Professional dan beretika
b. Tidak mabuk alkohol dan dadah
c. Menjaga dan mengingatkan Barangan penumpang
d. Tidak demonstrasi dan tunjuk perasaan
e. Ada pemandu mencukupi apabila terlibat Perjumpaan, mesyuarat dan Majlis
f. Kerjasama dengan agensi penguatkuasa

49. Pemanduan Selamat
a. Kelajuan kenderaan mengikut keadaan, cuaca dan kecemasan. Kurangkan kelajuan dan jaga jarak selamat apabil
a. Jalan licin

b. Banjir kilat

c. Jalan berliku sempit

d. Persimpangan dan bulatan serta Kawasan sekolah


b. Berhenti dengan selamat

c. Keselamatan di persimpangan

d. Jarak selamat dengan kenderaan di hadapan (2 saat cuaca baik, 4 saat cuaca buruk)

e. Memandu waktu malam (lampu, cermin, had laju)

f. Memandu dalam cuaca buruk (tayar, had laju, brek dan jarak selamat 4 saat)

g. Gangguan semasa memandu (telefon bimbit)

h. Pengurusan Keletihan (Fatigue) -  kurang tidur, kelesuan, hilang tumpuan, mengantuk. Kurang tidur dan keletihan tandanya
a. Kelesuan mental fizikal

b. Hilang tumpuan

c. Mudah terganggu

d. Tindak balas perlahan


50. Pemeriksaan tayar
a. Harian
-  Tekanan tayar
- Ketebalan bunga

b. Kerosakan disebabkan
- serpihan kaca/besi,
- retak
- paku dan bendasing
- bonggol

c. Pemeriksaan Berkala Tayar
- Penukara tayar depan belakang (rotation) setiap 10,000km sekali
- Pengimbangan dan penjajaran yang kerap

51. Punca Kebakaran NGV
- Ada kebocoran gas NGV dan gas telah berkumpul pada satu tempat pada satu jangka waktu
- Adanya ‘percikan elektrik’ kerana tidak mematikan enjin.

52. Tumpuan memandu hendaklah dipatuhi
a. Penggunaan telefon bimbit adalah dilarang

b. Mematuhi papan tanda dan lampu isyarat

c. Memberi laluan pejalan kaki melintas

d. Memberikan isyarat membelok apabila berhenti ambil/turunkan penumpang


53. Bau kereta kurang menyenangkan antaranya
a. bau rokok

b. bau makanan basi

c. Pakain, kasut, stoking berbau


54. Pemandu tidak dibenar mengambil dan menurunkan penumpang di tempat tidak dibenarkan/mengganggu lalu lintas.
a. Memberi nasihat pandangan tempat naik dan turun yang betul

b. Tidak boleh membiarkan penumpang tertunggu-tunggu

c. Bantu mendapatkan gantian kereta sekiranya kenderaan anda rosak/kemalangan


55. Sekiranya penumpang tertinggal barangan 
hendaklah serah dalam tempoh 12 jam

56. Tatacara penggunaan telefon bimbit
a. Dilekap dengan betul tanpa haling sudut pandangan

b. Kabel bersambung dengan baik

c. Bagi navigasi, cari dulu tempat yang ingin dituju

d. Pastikan audio navigasi didengar dengan jelas


57. Semua pemandu akan disemak 
Penilaian Prestasi Tahunan (PPT) semasa memperbaharuai kad pemandu

58. Suatu pengenalan diri memandu kenderaan awam 
ialah Kad Pemandu
Saringan rekod PDRM, JPJ dan APAd serta pemeriksaan kesihatan perlu untuk mendapatkan Kad Pemandu

59. Fungsi JPJ ialah
Mewujud dan mentadbir system latihan, pengujian, pelesenan pemandu bagi melahirkan pemandu kompeten, mematuhi peraturan dan berhemah

60. Pemandu tidak boleh 
berdebat dengan penumpang

No comments :

Post a Comment