3 Tip Khas Untuk Orang Yang Baru Mahu Berniaga
Ditulis Oleh:
Arif Ismail
February 14, 2017
9:21 AM
APAKAH INI?
Ini 3 tip khas buat mereka yang baru nak berniaga:
1. Masa yang fleksibel bukan untuk anda.
Anda perlu disiplin.
Kalau anda rasa nak buka ikut suka anda. Dan nak tutup ikut suka anda. Jawapannya, tahun depan anda dah buat bisnes lain.
2. Money freedom pun bukan untuk anda.
Anda kena bajet betul-betul.
3. Ikut cakap mentor.
Mentor suruh gali lubang sedalam 100 meter. Dan anda akan jumpa air. InsyaAllah.
Anda tak sabar.
Anda gali 10 meter dalam, lepas itu tukar lubang lain. Sampai 10 lubang.
Kerjanya sama berat. 100 meter juga gali.
Hasilnya tak sama. Anda tak jumpa air tu.
Jangan terkesan dengan bisnes yang macam-macam.
Usahakan 1 dulu sampai jumpa air. Lepas itu kalau nak diversify, terpulang kepada anda. Anda tahu kekuatan sendiri.
Tetapi
Ingat kisah Steve Jobs masa mula-mula ambil alih balik Apple? Dia buang semua bisnes bukan teras.
Ingat kisah Tony Fernandes? Fokus pada industri penerbangan sehingga berjaya. Kemudian dia lantik CEO baru. Dan lepas itu, dia moved on.
Sir Ken Robinson kata, “Jika anda tidak bersedia melakukan kesilapan, anda takkan mencipta sesuatu yang original, asli.”
Memori
Saya teringat 3 bulan pertama dalam bisnes. Setiap hari bekerja 9 hingga 5. Without fail.
Saya ke pasaran Cari klien. Angkat meja. Angkat kerusi. Tebalkan muka. Buka booth. Telefon sana. Telefon sini.
Skrip penyampaian caca marba. Jalan je.
Ditolak? Biasalah.
Apakah perkara paling buruk akan berlaku, kalau ditolak?
Lukakah? Berdarahkah? Matikah?
Kena gali lubang sampai 100 meter.
Alhamdulillah dapat 90 klien lebih kurang dalam masa 3 bulan. Semuanya dari Allah.
Dan satu lagi kena ingat. Kita kena betulkan yakin kita. Kita usaha sungguh-sungguh. Tapi yang bagi rezeki pada kita ialah Allah.
Supaya kita tidak bongkak, takabbur. Tengok – cara inilah berjaya.
Seperti doa yang kita baca bila keluar rumah:
Bismillahi tawakkal tu ‘alAllah, La hau la wa la quwwatailla billah.
Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya.
Semuanya dengan pertolongan Allah.
Ustaz pesan jangan kata macam ini:
“Kita yakin dengan Allah tetapi kita kena usaha.”
Bahaya kata-kata macam ini sebab kita menafikan Allah.
Sebaliknya kita kena kata,
“Kita usaha sungguh-sungguh tetapi yang beri rezeki ialah Allah.”
Kata-kata macam ini menafikan makhluk. Mengisbatkan Allah.
Wallahua’lam.
No comments :
Post a Comment