July 17, 2018

Memang tidak dapat dinafikan bahawa

pakaian merupakan keperluan asas bagi setiap manusia pada zaman sekarang iaitu zaman moden serta maju. Mungkin pada zaman dahulu pakaian merupakan keperluan tetapi pada zaman sekarang pakaian merupakan kehendak yang sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa. Rekaan pakaian semakin tidak mengikut peraturan yang dibenarkan oleh  syariat islam. Justeru, daripada itu adalah tugas kita para usahawan muda mengetengahkan pakaian muslimah.





          Syarikat Afzam Global Resources merupakan pembekal dan pemborong pakaian muslimah. Syarikat ini diusahakan oleh Puan Nor Alfisyar binti Supar dan Encik Zamri bin Zainal. Bagi peminat pakaian siap syarikat AGR ada menyediakan baju kurung, jubah, dress moden, blouse dan skirt. Manakala bagi peminat kain pasang pula AGR ada membekalkan pelbagai jenis kain pasang seperti cotton, sulam manik, sulam riben dan sulam lace.



          Syarikat Afzam Global Resources telah ditubuhkan pada 20Disember 2013. Konsep perniagaan adalah secara dalam talian ( online ) dan mobile melalui pembukaan kaunter jualan. Setakat ini AGR mempunyai cawangan di Kuala Lumpur dan Melaka. Bagi penggemar pakaian muslimah dan kain pasang berasaskan sulam boleh melayari Facebook AGR iaitu lovely apparel atau melayari blog www.lovelyapparel.blogspot.com. Insyaallah pihak kami akan memenuhi permintaan anda dan memberikan perkhimatan pembekalan pakaian muslimah sebaik mungkin.





           Selain itu, syarikat Afzam Global Resources juga berhasrat untuk mengembangkan perniagaan dan menambahkan lagi cawangan di Malaysia. Selaras dengan itu, AGR membuka peluang kepada individu yang ingin menceburi bidang perniagaan pakaian untuk menjadi Agen AGR dan boleh menghubungi kami bagi penerangan selanjutnya.

No comments :

Post a Comment